Sabarlah...harapkan sinar sebenar

jam 7.16 p.m at ofis UICTPNS

errmmm...masih mencari keputusan dengan airmata kerana hangat badan...mau demam kah?...sebab terkejut malam tadikah?..


aLhamdulillah 02.02.2014 aku sah berstatus TUNANG kepada seorang perempuan yang aku kenal tidak berapa lama pon...hajat di hati CINTA SELEPAS NIKAH...tapi kekadang hati merasakan boleh ke diterima dengan cara tu?... opss..masih ragu2 walaupun bertunang...hurmm.. ye la manyak terpikir dalam kepala dan time camni la kepala mula berserabut...sakit kepala..

- aku seorang hamba ALLAH yang banyak ketinggalan...mampukah aku memberi ilmu agama secukupnya kepada bakal isteri nnti?
- aku seorang anak...mampukah aku memberi kebahgiaan sepertimana sebelumnya(bujang)...boleh aku pastikan airmata ibu ayah tidak akan menitis kerana aku dan isteri aku?....
- aku seorang suami.....mampukah aku membahgiakan dia sepertimana ibubapanya berikan?...

majlis yang terdekat akan dibuat membuatkan aku makin takot...hanya keredhaan dariMU aku pinta Ya ALLAH....

 --> Jadikan aku anak soleh
 --> Jadikan aku hamba yang soleh
 --> Jadikan aku suami yang soleh

Kata ibu "tempat bergantung ibu dan curahan ibu hanya anak ibu yang ni...ibu tak rela jika anak ibu disakiti....." luruh airmata beb...

Kata aku "ibu..doakanku diberi ketetapan untuk terus menyayangi selagi hayat ada...syurgaku padamu..berkatku padamu...doa ibu ubat paling mujarab...kasih sayangku hanya diberi sedikit penambahan iaitu bakal isteri yang juga menjadi anak ibu..... kasih sayangku kepada bakal isteriku insyaALLAH bersamaaan denganmu....isteriku adalah tempat luahanku sptmana mu ibuayah....sayangku  kepada ibuayah bgitulah juga sayangnya isteriku kepadamu....dan sebaliknya untuk ibubapa ayah isteriku...kerana ibuayah dan ibuayahnya adalah SYURGA untuk kami...insyaALLAH"

7.35 pm