Permulaan baru

Semua nya berlaku diatas kehendak dan kekuasaan Allah...kerana dia banyak membantu hamba dikala susah...ini sentiasa berlaku pada aku dan segala permohonan aku dimakbulkan dengan izinNYA....tapi mampukah aku membuat sesuatu yang disuruhNYA?..

Pada bulan ramadhan 1434h ini...banyak azam aku cuba jadikan realiti tapi mampukah aku untuk itu semua?... dengan harapan puasa tahun ini aku akan pastikan khatam al-quran..aku tau aku tidak mampu tapi apa salahnya jika aku tanamkan azam..

pada permulaan ramadhan aku merasakan ianya akan menjadi kenyataan, akan tetapi bila saja sampai ke rumah sendiri ianya makin luntur untuk meneruskan kejalan yang aku inginkan... Ya Allah kenapakah ini terjadi?...aku tak kuat untuk harungi nya...semakin hari semakin tenggelam semangat aku disini..tapi aku masih mencuba kuatkan dengan bacaan al-quran di setiap isyak dan subuh aku..

Walau apa pun aku akan cuba mengenaliMu Ya ALLAH..


No comments: