Tanggungjawab..

Membilang hari yang akan tiba dengan permulaan baru untuk menjadi seorang yang bertanggunjawab...ermm....hanya 7 hari lagi..aku masih terawang-awangan dengan jalan aku pilih ..adakah aku mampu membimbingmu wahai bakal ku? itu soalan yang sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala..aku takot pada amanah yang akan aku tanggung...amanah Allah..amanah keluarganya..hurmm..tapi insyaALLAH aku akan cuba kuat...

Hari-hari yang aku lalui hanya mengharap keredhaan dari ilahi...aku bermohon aku menitiskan air mata untuk memohon dariMU buat diketika dan saat ini..aku percaya pertolongan dan permohonan ini tidak akan aku kecapi dimasa terdekat tetapi tidak boleh putus asa..

Wahai Ayah Ibu...
Suatu hari nanti anak kamu ini akan mengambil tugas keluarga bakal dan tanggungjawab sebagai seorang ketua rumah sepertimana Ayah ketika mulanya bersama ibu...hurmm.ibuayah aku masih terfikir adakah ini waktunya?...apakah semua tanggungjawab aku sebagai anak bujang telah aku laksanakan sepenuhnya kepadamu berdua?... aku bimbang dengan tanggungjawab baru aku nanti akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada mu berdua...aku insan biasa ibuayah...aku takut sangat jika aku bakal menjadi seorang anak yang berubah...nauzubillah...tapi ibuayah aku sentiasa mengharapkan doa dari kamu berdua supaya aku tidak leka dengan tanggungjawab baru....

Wahai bakal ku..
Jika kisah ini menjadi pembacaan mu pada suatu hari nanti aku mahu kamu tahu bahawa dengan kehadiranmu banyak membawa perubahan dalam diri aku... mungkin ini jodoh yang terbaik Allah berikan kepada aku untuk bersama-sama kita menempuh perjalanan hidup dengan perkongsian dijalanNya...

Aku akan mencuba sesuatu yg terbaik...insyaALLAH

No comments: