kampung

Hari ke hari makin jauh perjumpaan aku dengan MU....
Semakin hari makin keduniaan pilihan aku...
Disaat aku perlukanMU sentiasa MU ada....
Aku hipokrit dalam hubungan denganMU...
Ya Allah maafkan aku...kembalikan aku yang sebenar-benarnya....

Disaat ini aku mau rasanya titik kan air keinsafan..tapi yang pastinya seakan tanpa paksaan dia mengalir dipipi...aku merasakan hidup didalam kegelapan walaupun matahariMU masih dipinjamkan untuk aku... aku merasakan tiada ketenangan yang abadi walaupun dipinjam semua kegembiraan aku sehingga ke hari ini..

Ya Allah..disaat aku kuat untuk melawan godaan dunia,aku dapat rasakan secoret tempias ketenangan dariMU tp aku tak kuat tanpa bantuanMU,dorongan orang terdekat dan orang yang akan sentiasa mendampingi aku kemudian nanti...kadangkala aku kuat kerana dorongannya...tapi kadangkala aku merasakan  hipokrit dalam hubungan kami masih menjadi benteng dalam diri masing-masing...Aku sentiasa cuba memecahkan sifat hipokrit tu tp kadangkala tiada tarikan dorongan dari dia.. aku tahu aku x mampu mengubah dia...dan belum aku dpt ubah dia nanti...

Ujian demi ujian dalam titian hidup didalam perhubungan ini...aku tau itu balasan segala apa yg aku pernah lakukan...aku akur...ujian dari MU.. kadangkala tak dapat ditanggung... aku perlukan dorongan dari dia Ya Allah..kau berikanlah sedikit petunjuk kepada dia yg aku ini seorang yang lemah...

andai satu hari awak tjumpa blog saya...awk fahami la isi hati sy yg sebenar yang tak dapat diluah..

No comments: